Saturday, January 10, 2009

About The Club

Pengenalan Kelab Rukun Negara

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara rusuhan, pergaduhan kaun dan sebagainya.

Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasanan politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Rukun Negara adalah merupakan satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Rukun Negara terbentuk akibat daripada Peristiwa 13 Mei, 1969 di mana berlaku rusuhan kaum yang menggugat keamanan dan keutuhan negara ketika itu. Ekoran daripada peristiwa tersebut sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan bertujuan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni serta percaya mempercayai dalam kalangan rakyat secara berkekalan.

RUKUN NEGARA ::

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak :
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
memelihara satu cara hidup demokratik ;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN





Circus - 02. Britney Spears
More at MP3-Codes.com

No comments:

Post a Comment